Tuesday, February 5, 2013

VISIT TERENGGANU 2013


Sesiapa yang masih plan2 nak cuti-cuti malaysia kat mana, boleh la cuba ke Terengganu. Awesome sokmo tempat menarik kat sini. Meme molek la tahun ni diisytihar tahun melawat Terengganu cume xbrape nak awesome kami p waktu musim tengkujuh, so Pulau Redang yg cantik tu ditutup selama 4bulan sampaila 1 Mac ni.Tacing tetibe..T T bekecai plan A.. tepaksa tukar plan B..ku akur dengan ketentuan tuhan..ececeh..

So, plan B kami, terjah Pasar Payang Kuala Terengganu. Sesiapa yang meme kaki soping baju sutera,songket,batik n segala jenis kropok bolehla kesini. 'Murah' je sutera n songket kat sini..siyes tak tipu.=P..Lagi murah lau tenampak harga songket yang riban2 tu..T T

budakni meme kaki soping.no wonderla baru first day, dia dah borong sakan kat pasar payang, padahal 2nd day n 3rd day pon nak g soping kesitu lagi.(mentang2 hotel dkt sini je)..=p..haiyoooo ai..

Oleh kerana first day sangat penat, so kitorang tak plan nak jenjalan kemana, cuma pegi area yang dekat dengan hotel je. Tetiba kami nampak ramainya pokcik n mokcik turun dan naik dari bot. Saje buat2 muka sopan sambil tanye "Pokcik ni dari mana nak ke mana ye?". pakcik tu buat muka pelik.nampak sangatla  kami bukan orang situ sbb diorang hari hari guna bot penambang tu pegi keje,balik keje n nak g soping kat bandar Ganu. Kami try naik bot tu sebab pakcik tu kata 'RM1 je pong', heheh..best jugak sebab lepas kami sampai sana sempat tanya sepatah dua kata kat pokcik Seberang Takir apa ada kat situ, lepastu naik bot balik ke seberang semula.  Dia  kata kalau nak beli keropok lekor elok beli direct kat Kg seberang Takir sbb majoriti yang jual keropok lekor kat Pasar Payang tu pon amik kat situ.So tym tu kami p untuk lawat kawasan je. Last day kat Terengganu, kami  plan nak p skali lagi utk beli kopok lekor, takut gak la berbau beli awal2.=)

Ni namanye bot penambang Seberang Takir
Then, kami ke Bazaar Warisan, tempatni ala2 Pasar Payang, cuma tempatnya lagi bersih, cantik n tersusun.(name pon bangunan baru). Kalau nak ke Bukit Puteri pulak naikje ascalator melalui entrance Bazaar Warisan tu(dulu pakai tangga)


Tempat naik bot ke Kg Seberang Takir ada kat depan Bazaar Warisan ni je.=)

  Entrance ke Bazaar Warisan dan Bukit Puteri...Naik escalator je
da sampai Bukit Puteri..cepat+pantas+tuntas


Lepas soping kami ke Bukit Puteri naik escalator kat Bazaar Warisan ni jugak.Sesiapa yang penah dengar lagu ulik mayang yang mistik tu katenya tujuh orang puteri bunian tu berasal dari situ. RM1 je kalau nak cube ekspedisi mistik atas bukit tu. Kami dengar je harga singgit, cepat2 hulur duit kat pakcik tu..hehe..Selain tu Bukit Puteri sebenarnya merupakan kubu pertahanan untuk mengawal perairan Kuala Terengganu. Macam2 ada kat atas tu seperti kubur lama, rumah api, loceng besar(genta), meriam, kubu n paling penting ada toilet( tu la sbb utama kami 'tersampai' atas bukit tu, nak carik toilet ghupenye)huhu
 
View dari atas Bukit Puteri..macam2 ada..=p

Second day plak kami plan nak ke Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di asia tenggara..meme besar gila muzium ni tgok dari luar. Batu bersurat yang original pun ada kat sini n  RM5 je for entrance. Kalau pegi hari Jumaat jangan datang pukul 2pm-3pm sebab tutup sekejap untuk solat Jumaat.(eh camne tau ni!!masti 'terdatang' waktu tu kan)..hahahhah..takpela..janji boleh snap pic kenangan kat luar muzium



Ni laluan ke pintu utama muzium



Next station, ke Taman Tamadun Islam kat area Pulau Wan Man pulak. Fee untuk masuk kesini RM20 n dia akan bagi buku merah, ala2 pasport, discount voucher untuk beli souvenir kat dalam tu n disc makan kat cafe yang disediakan. Wah masuk je dalam..sangat takjub melihat 22 buah monumen masjid di seluruh dunia yang dibina mengikut senibina Islam..Tetiba rasa feeling2 macam ada kat bangunan sebenar gtew..

Suleyman Mosque ,Turkey


Masjidil Haram..kalau sesapa yang nak feeling2 solat kat masjidil haram pon bole,,tapi kene p
surau  yang ada kat bawah bangunan ni lah..=p

Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Kalau ada bawak warga emas yang kompem tak larat nak bejalan kaki boleh la sewa trem atau buggy..800 m kalau nak test kudrat bejalan kaki..mampu??=p..kalau yang jiwa 'remaja' macam i bolehla sewa basikal je..lagi best dpat feeling2 bawak basikal kat kota Egypt gtew.heheh

Inila buggy..bukan buggy jumping tu...tapi buggy driving=p
Then, selepas puas begamba sakan, kami berhenti solat asar di Masjid Kristal sebab jaraknya yang tak berapa jauh dari Taman Tamadun Islam.  Kalau nak solat kat luar taman tu pun ada disediakan surau, tapi kalau nak feeling lagi best bolehla solat kat sini sambil tengok keindahan decoration masjidni dari luar n dalam.





Malam terakhir kat Terengganu kami plan ke Pantai batu Buruk semata mata nak try makan seafood goreng tepung kat sane..best sangat ke??memangla sedap tapi harga pon best jugak..huhu..harga sekor sotong goreng tepung, RM10??..(fuh nasib baik tanya dulu sebelum makan), tapi diorang kata sebenarnya tak semahal tu, harga naik sebab musim tengkujuh kan,ssh dapat seafood jadi serba serbi mahal.T T.. harga seafood lain dalam RM4 secucuk..Layankan aje sebab perut da lapar..



Last destination untuk second day, kami ke ICT Kuala Terengganu..kat sini pon ada taw..heheh..Penat sangat seharian jelajah keliling Terengganu, kami plan balik hotel tido.ZZzzzzZz..Ready untuk hari esok,,last day kat Terengganu..(wah tacingnye, nak balik da)..=(.



Last day, da tak tau nak pergi mana, so planning cuma jenjalan kawasan yang berdekatan dengan hotelje. Pagi2 kami da plan keluar awal sebab nak beli kropok lekor kat Kg Seberang Takir sebab diorang berurusniaga sampai pukul 12pm je..Then sambung window soping kat mane lagi kalau tak kat Bazaar Warisan n Pasar Payang. Sebenarnye da tak tau nak pegi mana dah..tu je yang paling dekat, sementara tunggu tiket flight pukul 9pm..(lama tu)..='( .Next aktiviti, Norish sempat pulak beli durian musang king..RM15 sepeket.sambil makan durian kami lepak2 kat pondok depan Bazaar Warisan 



Alang2 hotel kami memang berdekatan dengan Masjid Putih atau dikenali jugak dengan nama masjid besar or Masjid Abidin ni kami try pulak amik feeling solat di masjid yang berusia 200 tahun ni. Masjidni dibina  oleh  Sultan Zainal Abidin II. Pada asalnya masjidni dibina tanpa sebarang tiang, tapi sebab bilangan jemaah yang makin bertambah, so banyak penambah baikkan pada masjidni. Kalau nak tengok makam2 Diraja Kesultanan Terengganu pun ada kat sekitar masjidni.








Last sekali, da tak tau buat apa n pegi mana, dengan kaki yang da naik kematu bejalan kaki dari pagi sampai waktu lunch time, kami pun plan nak check out sampai pukul 5pm, lelapkan je la mato bayar separuh hari dari bejalan mundar mandir macam orang gilo..So, kami melepakkan diri dalam bilik hotel sampaila pukul 5pm sementara nak bertolak ke airport pukul 6pm. Selamat tinggal Terengganu..Jumpa Lagi..Adios..=(


                                                                         ~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment