Welcome to my kampung..=)..Since aku terbelek gambar dulu2 tetiba aku terasa yang kampung aku ni cantik gak rupenya..hehe..syukur sebab aku ada kg sebab ramai diluar sana yang masih tak berpeluang nak behari raya di kg. Lagi sedih bila dah ada kg diorang jarang pulak balik. Perjalanan ke kg aku ambil masa lebih kurang sejam setengah kalau dari rumah aku, Seremban. Tiba2 aku tekenang zaman kanak2 dulu sebab boleh kata dulu every weekend aku balik kg ziarah atuk ngan wan tapi sekarang bila diorang dah meninggal kami da jarang balik.
|
Entrance ke kg. Pasir Besar |
|
Deretan kedai before masuk ke Kg Pasir Besar |
Antara aktiviti2 aku ngan kazen2 aku kecik2 dulu main nyorok2,berbasikal dalam kg and paling best mandi sungai. Masa tu aku tak pikir langsung pasal buayake apake yang penting boleh main mandi2 plus air sungai masatu pulak betul2 paras pinggang aku.huhu..tapi sekarang air dah dalam sejak ada projek gali pasir plus aku da kenal buaya tu makhluk yang berbahaya, so memang tak la kan=p
|
Sg.Muar~Ni la tempat aku selalu mandi dulu,bezenya dulu tebing tak cantik camni ada palang bagai so nak wat terjun tiruk pon tak takot sebab air sungai cetek |
TAMAN REKREASI MENUANG BERTEMBUK
Kg aku ni selalu jugak budak sekolah n budak 'U' buat program anak angkat ngan camping sebab ada Taman Rekreasi yang cantik kat dalam kg ni, bersebelahan dengan Sungai Muar yang aku selalu mandi masa kecik2 dulu..wall climbing pun ada..khelas sangatkan..mihmih.Macam taman rekreasi lain jugak, kat sini pun ada toilet awam,bekalan elektrik dan chalet.."horay!!!" jerit cikgu camping dalam hati sebab tak payah nak tido dalam khemah kan..kan ..=p. So kalau korang nak buat aktiviti camping, aku suggest kg aku ni antara tempat yang sesuai dan menarik untuk buat aktiviti macamni.
Ada banyak gak kemudahan2 lain seperti balai raya,padang bola ngan masjid Kg. Pasir Besar. Ala sama gak cam kg korang. Benda2 asas camni wajib ada la kat kg kan..=)
Sekitar tahun 2011 dan 2012 kalau tak salah aku, berlaku banjir besar dan runtuhnya jambatan gantung yang menjadi penghubung kampung aku ngan kampung sebelah. Masatu musim tengkujuh, air sungai naik and maybe ada kayu balak besar yang langgar jambatan tu sampai runtuh. Tapi sekarang jambatan tu dah siap direpair, siap ada jalan raya lagi untuk kegunaan kenderaan berat untuk ke kampung sebelah.
|
Gambar sebelum dan selepas..Sempat lagi aku ngan kazen bergambar |
|
Musim tengkujuh
|
Sekarang bila kami balik kampung, selain melawat sedara mara kat kampung, banyak gak aktiviti yang kami buat kat kampung macam gambar2 kat bawahni. Siap buat photoshoot dengan anak2 buah lagi..huhu
|
Memancing di Sg.Muar~sungaini belakang rumah maklang aku je |
|
Umpan cacing pon sodap.. |
|
Nak berkelah tepi sungai pon boleh..=) |
|
Main mercun dikala kebosanan |
|
Camping di kebun rambutan |
Kesimpulannya kampung sebenarnya best, cantik dan tempat yang paling aman yang pernah aku pegi. So, kalau ada kampung hargailah, selalulah balik kampung jenguk2 sedara mara selagi mereka masih ada. Adios~